hari nie, hati bertambah risau... anas arsyad lagi 4 hari, genaplah 2 tahun.. masalahnye, die masih tak boleh bercakap.. i sangat risau :( mengikut bacaan yang i buat dan berdasarkan carta perkembangan pertuturan yang i faham, ianya bukanlah perkembangan yang normal.. dan mengikut pemerhatian daripada anak2 kecil di persekitaran i, di usia menjejak 2 tahun, mereka sudah boleh berkata-kata seperti, "mama... nak..." maksudnya kemahiran berkata-kata dan mestrukturkan ayat pendek sudah boleh dikuasai.. masalhnya, anas arsyad, macam malas nak berkata-kata... dlu i ajar, "nak milk?" dengan isyarat jari di mulut.. sekarang, anas arsyad lebih selesa berbuat isyarat berkenaan ataupun, lebih senang bagi die, pegi ke meja, ambil bekas susu, dan beri pada i... action talk lourder then words... masalahnye, die kecik g, kena lah belajar bercakap... then, i paksa die cakap milk, baru i bancuhkan milk untuk die... selain tu, anas arsyad lebih senang menarik tangan i dengan memberi pelbagai body language untuk meng-xpress sesuatu yang diperlukan.. sebagai ibu yang normal, i risau dengan keadaan ni!!! perkataan yang jelas boleh ditutur oleh anas arsyad buat ketika ni hanyalah, "maa.." "nak.." "fish.." "ball.." "milk.." bahkan one two tree yang i slau ajar pun dah lain jadinyer... i sedih, iskiskisk...
________________________________________________________________
Panduan Umum Perkembangan Pertuturan dan Bahasa Kanak-Kanak
[http://eforum6.cari.com.my/mobile/?tid-263704-page-3.html]
Sejak lahir hingga satu tahun
Awal kelahiran
bayi mula memproses isyarat komunikasi yang diterima dan mula mengenali suara ibunya. Bayi menangis dalam pelbagai nada bagi menyatakan hasrat komunikasi yang berbeza seperti lapar, sakit dan untuk mendapatkan perhatian.
Enam bulan pertama
kebanyakan bayi boleh menghasilkan satu atau dua bunyi vokal atau konsonan. Bayi juga dapat mengenali ibu bapanya.
Sembilan bulan
bayi menghasilkan lebih banyak bunyi konsonan serta kombinasi bunyi konsonan dan vokal seperti aa ba?
Setahun
bayi banyak meniru bunyi dan bilangan suku kata penutur. Kombinasi bunyi vokal dan konsonan juga pelbagai seperti aa di ma?dan biasanya mula menghasilkan perkataan tunggal yang bermakna. Pada usia ini juga, bayi mula mengikut arahan mudah seperti mari sini?dan duduk?
Satu hingga tiga tahun
12 hingga 18 bulan
kanak-kanak memahami lebih banyak perkataan baru setiap minggu dan memahami soalan mudah seperti mana ayah?? Kanak-kanak juga mula mengenali anggota badan dan objek mudah. Biasanya pada peringkat umur ini, kanak-kanak boleh menghasilkan 10 patah perkataan bermakna dan menghasilkan bunyi yang menghampiri perkataan sebenar. Kebanyakan bunyi vokal juga sudah dihasilkan dan secara umumnya menghasilkan bunyi konsonan [p, b, d, m, n, h, y].
Dua tahun
kanak-kanak boleh menghasilkan 50 perkataan dan mula menggabungkan perkataan membentuk ayat pendek. Pemahaman bahasa kanak-kanak meningkat. Mereka boleh memahami 250 hingga 300 perkataan. Kanak-kanak pada peringkat umur ini juga boleh membuat permintaan. Penghasilan konsonan [k, g, t, ng] muncul.
biasanya memahami dan memberikan tindak balas kepada bahasa dan arahan kompleks. Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh mengikut dua hingga tiga arahan dalam satu ayat dan memahami konsep masa, tempat, jantina dan warna. Kanak-kanak juga boleh menghasilkan ayat yang terdiri daripada tiga hingga empat perkataan dan menghasilkan soalan. Penghasilan bunyi pertuturan juga lebih tepat.
Usia tiga hingga lima tahun
Kanak-kanak pada usia ini boleh memahami cerita pendek, memahami 900 perkataan, memahami konsep kualiti, kuantiti dan perbandingan. Mereka juga dapat bercerita, mengekalkan topik perbualan, menggunakan struktur tatabahasa yang betul dan menghasilkan 500 perkataan bermakna. Penghasilan bunyi konsonan [j, v] muncul.
________________________________________________________________
Lambat Bercakap: Kanak-Kanak Yang Lambat Bercakap
[http://www.hamidarshat.com/anak-kesihatan-informasi-165/174-lambat-bercakap.html]
Ada lima faktor penting yang memainkan peranan utama dalam menentukan bahawa perkembangan pertuturan berjalan dengan memuaskan. Faktor - faktor tersebut ialah
1. Ketiadaan kecacatan akal.
2. Pendengaran yang baik.
3. Ketiadaan kecacatan fizikal seperti yang timbul daripada gangguan urat saraf.
4. Perkembangan emosi yang sihat.
5. Persekitaran dan stimulasi yang memuaskan.
________________________________________________________________
anasa rsyad, cepatlah bercakap, mama risaukan awak....
________________________________________________________________
Tips anak lancar bercakap
[http://akpfapaf.blogspot.com/2011/02/tips.html]
[ketika hati tengah runsing sambil googleing, i terjumpa this blog, mungkin petunjuk dari yang maha esa, insyallah, i akan cuba amalkan untuk anas arsyad.. terima kasih ya allah, atas nikmat yang kau berikan ini, dan memang benar, sesungguhnya, pasti ada penyelesaiaan untuk setiap masalah, dan hanya dengan izinMU sesuatu itu terurai, ameen, ya alhamdulillah :) ]

Tapi, Doa ibu selalunya dimakbulkan. Ilham ni datang secara tiba2 bila aku teringat masa aku kecik2 dulu, Abah selalu ajar ktorg ngaji quran. Dan sebelum ngaji abah suh baca doa penerang hati
"rabbishrohli sodri,wayassirli amri,wahlulluqdatammilisani,yafqahu qauli"
dan baca maksud dia juga yang lebih kurang mcm ni
"Ya Allah, Ya Tuhanku,
Terangkanlah hatiku, Permudahkanlah pekerjaanku,
Tajamkanlah pemikiranku, Fasihkanlah lidahku,
Jadikanlah aku ya Allah org yang bijak"
Terangkanlah hatiku, Permudahkanlah pekerjaanku,
Tajamkanlah pemikiranku, Fasihkanlah lidahku,
Jadikanlah aku ya Allah org yang bijak"
Sebab doa tu ada sebut "Fasihkan lidahku" jadi, setiap kali aku bancuh susu ke, buat air ke, masak memasak ke, basuh beras ke...mesti aku akan baca doa tu, dan niat utk angah dan anak2 yang lain.
0 comments:
Post a Comment